Daftar Lesen MOF: 4 Fakta PENTING Yang Ramai Tak Tahu!

by

Daftar Lesen MOF

Apabila kita menyebut tentang daftar lesen MOF, perkara pertama yang terlintas di fikiran pastinya berkaitan dengan lesen atau sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Lesen ini merupakan dokumen penting bagi mana-mana syarikat yang ingin berurusan secara rasmi dengan agensi atau jabatan kerajaan, khususnya dalam hal berkaitan pembekalan barang, perkhidmatan, atau kerja-kerja tertentu. Tanpa lesen MOF, syarikat tidak dapat memasuki sebut harga, tender kerajaan, atau menerima bayaran bagi projek yang dilaksanakan untuk pihak kerajaan.

Lesen MOF ini juga sering dikenali sebagai sijil kewangan, bergantung kepada sebutan yang digunakan oleh pelbagai pihak. Walau apa pun namanya, fungsi dan kepentingannya tetap sama, iaitu membuka peluang luas kepada syarikat untuk menyertai pelbagai projek yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ada dalam kalangan peniaga yang telah pun memiliki lesen MOF ini, manakala masih ramai lagi yang belum mengambil langkah untuk mendaftarkannya.

Jadi, apakah sebenarnya yang menarik tentang lesen kewangan ini? Adakah ia sekadar satu dokumen rasmi untuk dipamerkan di dinding pejabat, atau ada kelebihan lebih besar yang perlu diketahui? Di sini, kami kongsikan 4 fakta menarik tentang daftar lesen MOF yang mungkin boleh membantu anda memahami kepentingannya dan mengapa setiap syarikat yang ingin berurusan dengan kerajaan perlu memilikinya.


Syarat utama untuk memasuki sebut harga atau tender

Sebelum anda memikirkan untuk menyediakan dokumen lain, pastikan syarikat anda telah daftar lesen MOF terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi dengan jabatan kerajaan. Tanpa lesen kewangan MOF, pihak kerajaan tidak boleh membuat pembayaran ke atas perkhidmatan atau produk yang telah ditawarkan. Hal ini kerana syarikat anda tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan tidak mempunyai akses kepada sistem ePerolehan, iaitu medium rasmi untuk transaksi dengan kerajaan.

Keadaan ini boleh merugikan dan mengganggu operasi perniagaan kerana tanpa sijil MOF, syarikat tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana projek atau perolehan kerajaan. Oleh itu, sebelum berurusan, sila semak sijil anda dan pastikan bahawa ia masih sah laku supaya urusan perniagaan berjalan dengan lancar.

Syarikat Nampak lebih kukuh dan dipercayai

Memiliki lesen MOF sedikit sebanyak dapat menaikkan kredibiliti syarikat anda. Secara umum, syarikat yang telah daftar lesen MOF lebih dipercayai kerana segala maklumat syarikat telah pun didaftarkan dan diakui oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Oleh itu, syarikat ini lebih kukuh dan dipercayai kesahihannya.

Pihak kerajaan, pelanggan atau pengguna dapat menyemak status pendaftaran syarikat sebelum berurusan. Pengalaman berurusan dengan kerajaan juga memberi kelebihan kerana syarikat akan lebih diyakini oleh pihak luar, termasuk sektor swasta yang turut mencari pembekal atau penyedia perkhidmatan yang mempunyai lesen yang sah.

Permohonan Boleh Dibuat Secara Atas Talian – Segalanya di Hujung Jari

Dalam era digital yang semakin berkembang, proses pendaftaran lesen kewangan MOF kini lebih mudah dan pantas kerana boleh dilakukan secara atas talian. Pemohon tidak perlu hadir ke kaunter atau menghantar dokumen secara manual. Sebaliknya, semua proses boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi MOF.

Kelebihan utama permohonan secara atas talian ini ialah pemantauan status permohonan yang lebih mudah dan telus. Syarikat boleh menyemak perkembangan permohonan mereka pada bila-bila masa melalui sistem yang tersedia, tanpa perlu menunggu maklum balas secara manual daripada pegawai bertanggungjawab. Malah, dengan sistem yang lebih cekap ini, tempoh kelulusan juga menjadi lebih singkat, membolehkan syarikat mula beroperasi dengan lebih pantas tanpa sebarang kelewatan yang tidak perlu.

Tempoh sah lesen selama 3 tahun

SSetiap syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan diberi tempoh sah laku sijil selama 3 tahun. Syarikat tidak diberi pilihan untuk memilih tempoh sah laku yang lebih pendek atau lebih panjang kerana ia telah ditetapkan pada tempoh 3 tahun sahaja.

Kelebihan tempoh sah yang panjang ini membantu syarikat kerana tidak perlu memperbaharui lesen setiap tahun, sekali gus mengurangkan beban pengurusan dokumen. Namun, jika terdapat sebarang perubahan maklumat syarikat semasa lesen MOF masih sah, syarikat perlu membuat permohonan kemas kini kepada pihak MOF untuk memastikan data yang tertera dalam sistem adalah terkini.

Rumusan

Banyak lagi perkara yang menarik yang ingin kami kongsikan berkenaan daftar lesen MOF ini. Jadilah sebahagian daripada pelanggan kami untuk menikmati manfaat yang ingin kami berikan. Hanya perlu dail 018-9652 700 / 800 untuk berurusan dengan pihak Lesenkewangan.com. Pegawai kami sedia melayani anda.

Artikel Berkaitan

×