Ketahui Fungsi Daftar MOF dan Eperolehan

by

MOF dan Eperolehan

Isi Kandungan

Ramai yang sering bertanya apa itu MOF dan eperolehan? Untuk makluman. kedua-dua perkara berikut adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

MOF

MOF merujuk kepada Ministry of Finance atau dalam Bahasa melayu Kementerian Kewangan Malaysia. Segala permohonan yang dibuat di dalam sistem eperolehan akan disemak dan diluluskan oleh pegawai dari Kementerian kewangan Malaysia. Setelah permohonan diluluskan, anda akan diberikan sijil kewangan sebagai bukti syarikat anda telah berdaftar dengan Kementerian kewangan Malaysia.

EPEROLEHAN

Eperolehan pula merupakan satu sistem atas talian dibawah seliaan Kementerian kewangan Malaysia bagi menguruskan segala hal permohonan bekenaan lesen MOF dan eperolehan malaysia. Sistem ini dibangunkan oleh sebuah syarikat iaitu Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC). Sistem eperolehan ini dibangunkan bagi memudahkan pembekal untuk berurusan secara atas talian menggantikan cara manual yang diamalkan sebelum ini. Ia juga dapat memastikan perolehan kerajaan dilaksanakn dengan lebih telus.

FUNGSI

Antara daftar MOF dan eperolehan mana yang perlu buat dahulu?

Perkara yang perlu anda buat dahulu adalah dengan mendaftar eperolehan terlebih dahulu. Hal ini keranan eperolehan Malaysia adalah satu sistem yang perlu di akses oleh pembekal untuk memohon lesen MOF. Setelah permohonan dihantar melalui sistem eperolehan, syarikat yang telah melepasi syarat akan diberikan kelulusan sijil oleh Kementerian kewangan Malaysia seterusnya akan menerima lesen MOF yang boleh didapati dari sistem eperolehan. Segala permohonan berkaitan pindaan maklumat pada lesen MOF perlu dikemukan melalui sistem eperolehan.

Selain itu, sistem eperolehan juga digunakan untuk menguruskan segala hal berkenaan tender atau sebut harga. Setiap syarikat akan memiliki Id log masuk untuk mengakses sistem eperolehan. Segala iklan tender dan sebut harga juga boleh didapati di dalam sistem eperolehan ini. Sebenarnya banyak fungsi yang bermanfaat ada di dalam sistem eperolehan Malaysia jika kita mahir. Segala nya hanya di hujung jari. Anda dapat menguruskan dokumen kerja-kerja tender anda hanya melalui atas talian sahaja.

Bagi yang telah menggunakan perkhidmatan Lesenkewangan.com, Pihak kami akan menguruskan kedua-dua pendaftaran MOF dan Eperolehan untuk anda sehingga selesai. Segala maklumat Id log masuk dan kata laluan syarikat akan disimpan seketatnya tanpa memberi maklumat kepada syarikat lain. Oleh itu, bagi syarikat yang hilang atau tidak dapat mengakses portal eperolehan Malaysia, mereka boleh merujuk Kembali kepada pihak kami bagi mendapatkan maklumat log masuk tersebut. Tiada bayaran yang dikenakan untuk pelanggan yang pernah berurusan dengan pihak kami. Tidak perlu pening kepala, serahkan segala permohonan anda kepada pihak kami untuk diuruskan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan