Pendaftaran Sijil MOF Untuk Firma Perunding

by

sijil mof untuk firma perunding

Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit maklumat tentang pendaftaran sijil MOF untuk Firma Perunding. Pertama sekali bagi syarikat besar seperti perunding, permohonannya agak sedikit rumit kerana memerlukan kelayakan & dokumen tertentu.

Sijil MOF Untuk Firma Perunding

Sesebuah firma perunding perlu memiliki staff yang berkelayakan untuk permohonan sijil kewangan MOF ini. Syarikat perunding yang ingin memohon pendaftaran sijil kewangan MOF diwajibkan memiliki kakitangan professional, semi professional dan juga kerani. Jika anda tidak memiliki senarai kakitangan yang dinyatakan permohonan anda akan ditolak oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Syarat minima bagi kakitangan professional adalah memiliki ijazah dan semi professional adalah memiliki diploma. Manakala, bagi kerani pula syarat minima adalah mempunyai kelulusan SPM.

Sijil kewangan ini sangat penting bagi sesebuah syarikat bagi memastikan setiap projek dan tender yang ingin masuk dengan pihak kerajaan berjaya diuruskan oleh syarikat itu. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk pendaftaran sijil MOF untuk firma perunding:

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan SSM Borang D/E atau Borang 9.
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat dan pemilik/pengarah dengan badan professional.
  • Penyata akaun semasa firma.
  • Salinan Ijazah/Diploma pemilik/pengarah, kakitangan professional, semi-professional  dan kerani.
  • Salinan CV pemilik/pengarah, kakitanga professional, semi-professional dan kerani.
  • Borang pengesahan penandatangan cek daripada bank.
  • Penyata dan resit bayaran caruman KWSP.
  • Peta lakar ke premis syarikat.
  • Perjanjian sewa premis/dokumen hak milik/geran.

Walaupun bagaimanapun, segala masalah ini boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Kami juga sediakan perkhidmatan pendaftaran MOF bagi semua syarikat termasuk firma perunding dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran MOF. Apa yang penting bagi kami adalah proses permohonan tersebut berjalan lancar dan mendapat kelulusan sijil kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia dalam masa yang ditetapkan. Hubungi hotline kami di talian 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×