Bagaimana MOF Solution Dapat Membantu
Disediakan oleh: Faiz
mof solution

Latar Belakang

MOF Solution merupakan sebuah syarikat perunding yang menawarkan perkhidmatan bagi segala jenis permohonan berkaitan lesen atau sijil kewangan. Berpengalaman lebih 10 tahun, MOF Solution telah menguruskan pelbagai permohonan dari pelbagai latar belakang & jenis syarikat dengan MOF. Kami amat fahami cara terbaik untuk syarikat anda. Setiap permohonan yang diterima akan diproses dengan terperinci supaya mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam tempoh yang minima.

MOF Solution @ Lesenkewangan.com

Tujuan

Untuk memasuki tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan anda perlu mendaftar lesen kementerian kewangan malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk memasuki tender kerajaan ialah perlu mempunyai sijil mof. Para pembekal tidak perlu susah atau pening kepala untuk memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan lesen mof ini kerana dengan adanya MOF Solution sebuah syarikat konsultan yang berdaftar dan boleh dipercayai untuk membantu anda mendapatkan sijil mof tersebut. Kami akan uruskan segala permohonan anda dengan pihak kementerian kewangan malaysia.

Tawaran Perkhidmatan

MOF Solution menyediakan perkhidmatan pendaftaran permohonan baru lesen kewangan bagi syarikat ROB, ROC dan juga ROS. Ia amat sesuai untuk menggunakan perkhidmatan kami memandangkan pemilik tidak mempunyai banyak pengalaman untuk menguruskan pendaftaran lesen kewangan. Pihak kami akan membantu untuk menyediakan dokumen dan memproses permohonan tersebut. Selain permohonan baru, kami juga menawarkan perkhidmatan pembaharuan lesen kewangan yang telah atau hampir tamat tempoh. Bagi permohonan pembaharuan, ia boleh dilakukan dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh tamat. Bagi lesen kewangan yang tidak diperbaharui dalam tempoh 1 tahun selepas tarikh luput, permohonan anda akan dihapuskan secara automatik.

Bagi syarikat yang telah mempunyai lesen kewangan, kami juga menawarkan permohonan tambah kod bidang dan juga permohonan kemaskini profil syarikat. Setiap syarikat diberikan 30 jenis kod bidang secara percuma untuk didaftarkan di dalam lesen kewangan. Permohonan kod bidang ini boleh dibuat bila-bila masa sahaja selagi lesen kewangan anda masih sah tempoh sah laku. Bagi permohoman kemaskini profil pula bertujuan untuk syarikat mengemaskini maklumat yang terkini selari dengan maklumat di dalam pendaftaran SSM seperti pertukaran alamat syarikat dan perubahan struktur organisasi syarikat.

Bagi syarikat yang yang dimiliki oleh pemilik bumiputera, anda akan ditawarkan sijil tambahan selain sijil MOF iaitu sijil taraf bumiputera. Sijil ini dikhususkan kepada syarikat yang dimilik 100% bumiputera tau 51% pemilikan bumiputera. Sesetengah jabatan kerajaan memerlukan sijil taraf bumiputera ini kerana tender tersebut dibuka khas untuk pemilik bumiputera sahaja. Walaupun syarikat anda mempunyai 100% bumiputera, jika tidak memohon, anda tidak akan terima sijil tersebut secara automatik. Permohonan taraf bumiputera boleh dibuat sebaik sahaja pemohonan lesen kewangan anda diluluskan oleh MOF.

Bukan itu sahaja, pembekal juga akan mempunyai satu sistem Eperolehan malaysia apabila memohon sijil mof ini. Sistem eperolehan malaysia ini merupakan satu platform untuk pembekal melihat dan mencari peluang tender yang dibuka di dalam sistem ini. Dalam sistem ini juga pembekal mempunyai sijil digital yang mana akan digunakan untuk mengesahkan pembayaran apabila penawaran tender dibuat oleh kerajaan.

Untuk makluman, anda bukan sahaja akan dapat sijil mof ini tetapi anda akan disertakan sekali dengan sijil digital yang dulunya kita panggil sebagai token serta sistem eperolehan yang telah kami daftarkan untuk anda secara percuma bagi setiap permohonan baru. Anda Cuma perlu bayar kos pendaftaran serta kos khidmat konsultan kami sahaja . Buat pengetahuan anda , kami merupakan syarikat konsultan yang menawarkan harga perkhidmatan yang termurah berbanding syarikat konsultan yang lain untuk pendaftaran sijil kewangan ini.

Contoh sijil MOF

Penutup

Tidak kira samada syarikat anda jenis enterprise, trading, sdn bhd, bhd atau syarikat perunding sekali pun anda layak untuk berdaftar dengan pihak kami bagi mendapatkan lesen kewangan. Bukan itu sahaja, syarikat yang berdaftar dengan ROS seperti koperasi dan pertubuhan juga dapat kami uruskan. Pegawai MOF Solution yang mahir dan berpengalaman mampu menguruskan permohonan anda dalam tempoh masa yang singkat. Hubungi sahaja kami di talian 018-9652 700 / 800 pegawai kami akan bantu anda untuk proses penyediaa dokumen permohonan. Lebih dari 2000 syarikat yang telah menjadi pelanggan-pelanggan dan Berjaya mendapatkan lesen kewangan.

Sebahagian pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan MOF Solution

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

7 Syarat Pendaftaran Syarikat Dengan SSM

7 Syarat Pendaftaran Syarikat Dengan SSM

Pengenalan Berdasarkan laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau...

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?

Hasil semakan mendapati masih ramai dikalangan pembekal yang belum memohon lesen MOF. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen MOF sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna anda...

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

Semua ingin memajukan perniagaan dan berjaya serta dapat mengubah masa depan yang lebih baik. Dan tiada sesiapa pun yang harapkan perniagaan yang dijalankan musnah. Tanpa tindakan yang betul & tepat mustahil sesebuah perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Tidak...

Ketahui Jenis Pendaftaran MOF Dan Bayaran Syarikat Anda

Ketahui Jenis Pendaftaran MOF Dan Bayaran Syarikat Anda

Jenis Syarikat Di dalam pendaftaran MOF terdapat banyak permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua...

Perkhidmatan  Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Perkhidmatan Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Untuk menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan syarikat perlu mendaftar sijil kewangan MOF Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk menyertai tender kerajaan ialah syarikat perlu mempunyai sijil kewangan MOF. Anda...

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda? Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan...

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

Pengenalan Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat Sdn Bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara...

Kenapa Perlu Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Kenapa Perlu Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Adakah anda seorang pembekal yang memerlukan konsultan sijil kewangan bagi syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan dalam masa yang cepat dan mudah? Jangan risau kami di Lesenkewangan.com , kami akan membantu anda untuk memohon sijil kewangan. ‘’Tak sangka...

3 kunci Sabar Bagi Usahawan Perniagaan Untuk Kekal Berjaya

3 kunci Sabar Bagi Usahawan Perniagaan Untuk Kekal Berjaya

Sabar Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh...

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Pengenalan Bila sebut sahaja lesen kewangan  bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di...