3 Dokumen Asas Wajib Ada Sebelum Daftar Sijil MOF

by

sijil mof

Pengenalan

Penyediaan dokumen merupakan satu elemen penting di dalam proses pendaftaran sijil MOF. Penyediaan dokumen yang tidak lengkap akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Harus diingat bahawa dokumen-dokumen tersebut mestilah mempunyai maklumat yang benar dan terkini. Jadi apa dokumen yang anda perlukan?

Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM

Seperti sedia maklum setiap perniagaan yang ditubuhkan diwajibkan memohon pendaftaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Semasa membuat pendaftaran sijil MOF, segala maklumat pendaftaran syarikat akan diperolehi daripada profil SSM syarikat tersebut. Selain itu juga, penting untuk anda selaku pemilik syarikat memastikan maklumat diri dan maklumat perniagaan seperti alamat perniagaan, jenis perniagaan dan alamat pemilik dikemaskini dengan maklumat yang terkini. Anda perlu tahu, bahawa jenis perniagaan di dalam SSM akan menentukan jenis kod bidang yang anda layak pohon. Sila rujuk senarai kod bidang mof sebelum anda memohon.

Penyata Akaun Bank Semasa Syarikat

Jika sudah mendaftar syarikat dengan SSM, sudah semestinya anda perlu membuka akaun bank semasa syarikat. Akaun bank ini amat penting bagi pendaftaran sijil MOF kerana segala urusan pembayaran tender atau sebut harga akan masuk ke dalam akaun bank syarikat anda. Harus diingat, pendaftaran MOF yang menggunakan akaun simpanan peribadi adalah tidak diterima walaupun anda menggunakan nama pemilik sebagai nama syarikat anda.

Senarai Kod Bidang MOF

Selain dokumen pendaftaran MOF, pemilihan kod bidang yang betul merupakan salah satu elemen penting semasa membuat permohonan sijil MOF. Pemilihan kod bidang MOF yang tepat akan membuka peluang anda untuk mendapatkan kerja atau tender dari jabatan kerajaan. Kelulusan kod bidang ini juga turut bergantung kepada alamat dan jenis perniagaan syarikat yang didaftarkan di dalam SSM. Senarai kod bidang MOF akan dipaparkan di dalam sijil MOF syarikat anda. 30 jenis kod bidang adalah jumlah maksimum yang layak dipohon bagi setiap syarikat.

Kesimpulan

Anda akan mempunyai akaun profil di dalam sistem ePerolehan bagi membolehkan anda menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. Akaun sijil MOF juga mempunyai kod bidang MOF yang tersendiri di mana kod bidang ini yang akan menentukan jenis – jenis tender yang layak dipohon oleh pembekal. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat pendaftaran MOF untuk syarikat anda, kami di sini sedia berkhidmat untuk anda. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau boleh mengisi Borang Permohonan untuk memohon dengan pihak kami. Pegawai kami di Lesenkewangan.com sentiasa sedia untuk membantu anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan