Apa itu pendaftaran lesen MOF yang dikatakan oleh pembekal Kerajaan mewujudkan MOF adalah untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara selain menjamin kekayaan negara dapat diagihkan dengan betul serta meningkatkan kesejahteraan penduduk. Pendaftaran lesen MOF ini hanya layak kepada yang menjalankan perniagaan seperti jenis syarikat Enterprise, Syarikat Sdn Bhd, Perkongsian atau syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) sahaja. Anda perlu ingat, setiap jenis perniagaan mempunyai sedikit perbezaan dalam permohonan lesen MOF.

Secara umumnya untuk menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlu membuat pendaftaran lesen MOF dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Apabila anda membuat pendaftaran lesen MOF anda akan mendapat sijil kewangan MOF. Sijil kewangan mof ini penting kerana ia menunjukkan anda telah berdaftar dengan kerajaan dan boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengannya.

Sistem ePerolehan

Sistem ePerolehan merupakan satu sistem elektronik dalam talian yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fungsi untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dengan para pembekal untuk pendaftaran lesen MOF. Melalui sistem eprolehan, anda sebagai pembekal dapat mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Para  pembekal juga lebih mudah untuk dihubungi kerana segala maklumat telah dinyatakan di dalam sistem eperolehan.

Sijil Kewangan

Bagi Pembekal yang sudah diluluskan akan diberikan sijil kewangan MOF yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini mesti diperbaharui setiap 3 tahun.Pembekal akan mempunyai akaun profil di dalam sistem ePerolehan bagi membolehkan para pembekal menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. Akaun MOF juga mempunyai kod bidang MOF yang tersendiri di mana kod bidang ini yang akan menentukan jenis – jenis tender yang layak dipohon oleh pembekal.

Proses Kelulusan

Proses untuk mendapatkan sijil kewangan MOF ini anda tidak perlu buat apa-apa, tidak perlu pening kepala kerana segalanya akan diuruskan oleh pihak kami. Kami ingin menawarkan perkhidmatan terbaik kami kepada anda bagi memudahkan semua urusan anda. Kebiasaanya kelulusan permohonan akan mengambil masa dalam tempoh 14 hari waktu bekerja atau lebih awal. Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima softcopy sijil kewangan dari email dan hard copy sijil kewangan akan diposkan ke alamat anda secara percuma. Kami di Lesenkewangan.com sentiasa peka akan masalah yang dihadapi.

Kami tetap beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP dari jam 08.30am – 05.30pm setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dengan menjalankan kaedah work from home, kami akan sentiasa pastikan bahawa pelanggan kami tidak terlepas dengan sebarang maklumat terkini atau masalah penangguhan permohonan sijil MOF. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat pendaftaran MOF, kami di sini sedia berkhidmat untuk anda. Hubungi talian hotline kami 018 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Pegawai kami sentiasa sedia untuk membantu anda.