Syarat Pendaftaran Taraf Bumiputera Syarikat Dengan MOF

by

Taraf Bumiputera

            Setelah memperolehi sijil kewangan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, ramai yang bertanya mengenai sijil kewangan untuk taraf bumiputera? Macam mana ingin dapatkan sijil taraf bumiputera tersebut, dokumen dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mohon?? Jom saya kongsikan dibawah serba sedikit  mengenai sijil taraf bumiputera tersebut.

Permohonan taraf bumiputera merangkumi beberapa aspek dari segi :

Daftar bertaraf bumiputera (51%)

a. Syarikat dimiliki oleh Warganegara Malaysia dari segi penguasaan dan pegangan ekuiti, lembaga pengarah, pengurusan, kakitangan, struktur/carta organisasi dan fungsi pengurusan sekurang- kurangnya 51% oleh bumiputera. Baki 49% saham boleh dikuasai oleh bukan bumiputera dan asing.

b. Jawatan ketua eksekutif, pengarah urusan, pengurus besar dan jawatan- jawatan penting lain hendaklah dipegang oleh bumiputera sekurang-kurangnya 51%.

c. Pengurusan kewangan dalam lesen MOF dari segi penandatangan cek dan dokumen penting kewangan syarikat hendaklah ditandatangani oleh bumiputera.

d. Peratusan pegangan ekuiti tertinggi dalam lesen MOF secara individu hendaklah dikuasai oleh bumiputera. Manakala untuk gaji/caruman KWSP tertinggi hendaklah dikuasai oleh bumiputera.

Daftar bumiputera (100%)

a. Syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia. Pegangan ekuiti, lembaga pengarah, pengurusan dan pengurusan kewangan 100% dikuasai oleh bumiputera.

 Berkenaan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti :

·         Borang permohonan yang ditandatangan & dicop.

·         Borang pengesahan penandatangan cek yang disahkan oleh pihak bank.

·         Borang SSM.

·         Penyata akaun semasa syarikat terkini.

·         Salinan kad pengenalan semua pemilik & kakitangan syarikat.

·         Carta organisasi syarikat lengkap dengan nama & jawatan.

·         Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP pekerja bagi bulan terkini.

·         Peta lakar yang lengkap dengan mercu tanda & nama jalan menuju ke premis syarikat.

·         Surat perjanjian sewa yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

·         Salinan sijil pendaftaran MOF sediada.

Untuk permohonan taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia, pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia yang akan hadir ke premis perniagaan syarikat anda untuk melawat tapak dan menyemak dokumen-dokumen seperti yang saya nyatakan di atas. Permohonan taraf bumiputera memerlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF sebelum mendapat kelulusan. Semasa proses lawatan dijalankan, pihak anda dinasihatkan supaya sentiasa berada dipremis perniagaan bagi memudahkan urusan semakan dokumen oleh pegawai yang terlibat.  

Akhir sekali, jika dokumen-dokumen seperti di atas sudah lengkap, anda boleh menghubungi pihak kami di talian 018-9652800 atau hadir terus ke pejabat untuk serahan dokumen tersebut. Pegawai-pegawai kami di Lesenkewangan.com akan membantu anda bagi mendapatkan sijil kewangan taraf bumiputera.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan