2 Aspek Utama Ketika Memohon Sijil Kewangan MOF

by

sijil kewangan mof

Hari ini saya akan kongsikan beberapa aspek utama yang perlu anda tahu ketika memohon sijil kewangan MOF. Ramai pembekal di luar sana yang ingin mendaftar kan lesen kewangan syarikat mereka bagi membolehkan syarikat mereka memasuki tender-tender yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ketika memohon sudah tentu anda ingin permohonan diluluskan dengan cepat. Pembekal perlu ambil tahu beberapa aspek penting ketika memohon lesen kewangan anda dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia . Disini lah perananan kami pihak Lesenkewangan.com untuk membantu anda dalam proses menguruskan pendaftaran lesen kewangan ini supaya permohonan anda diluluskan dalam tempoh yang singkat.

Maklumat Dokumen Yang Dikemukan Sahih

Pertamanya anda perlu memastikan bahawa segala maklumat dalam dokumen yang dilampirkan adalah benar dan terkini. Sekiranya anda memalsukan maklumat dokumen, sijil kewangan anda boleh ditarik balik oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan akan dikenakan tindakan. Kegagalan mengemukakan maklumat terkini juga boleh mengakibatkan permohonan sijil kewangan MOF anda ditolak. Mengikut pengalaman kami sebelum ni, rata-rata pemilik tidak mengemas kini alamat perniagaan yang terkini. Alamat perniagaan ini penting kerana ia akan dipaparkan di dalam lesen kewangan anda nanti.

Pemilihan Kod Bidang

Keduanya berkaitan dengan pemilihan kod bidang. Hal ini kerana Ia akan menentukan jenis tawaran tender yang anda layak untuk mohon nanti. Walaupun anda dibenarkan berdaftar sehingga 30 jenis kod bidang, anda perlu pastikan bahawa keterangan kod ini mesti didaftarkan di dalam jenis SSM perniagaan syarikat anda. Kod bidang yang tidak selari dengan jenis perniagaan akan ditolak oleh pegawai yang meluluskan permohonan sijil kewangan MOF anda. Bagi pemilik yang mempunyai lebih dari satu syarikat yang berdaftar lesen kewangan, anda tidak boleh memilih kod yang sama untuk setiap syarikat anda.Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya pakatan harga atau salah laku semasa memohon tender dengan kerajaan. Pastikan anda meneliti kod bidang anda terlebih dahulu sebelum memohon. Dapatkan nasihat kami jika anda tidak pasti.

Diharapakan dengan penerangan di atas dapat memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan sijil kewangan MOF. Anda Cuma perlu sediakan dokumen yang pihak kami perlukan dan kami uruskan proses pendaftaran sepenuhnya sehingga mendapat kelulusan sijil kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau anda boleh isikan Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil digital MOF untuk syarikat anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan