3 Perkara Penting Mohon Lesen Kewangan Dengan Mudah
Disediakan oleh: Faiz
mohon lesen kewangan

Ramai pembekal yang ingin mohon lesen kewangan syarikat mereka bagi membolehkan syarikat memasuki tender-tender yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ketika memohon sudah pasti anda mahukan lesen anda diluluskan dengan cepat dan mendapat sijil yang betul. Selain perlu menepati syarat penyediaan dokumen seperti SSM dan penyata  akaun semasa syarikat, pembekal juga perlu mengambil tahu beberapa perkara penting semasa memohon lesen kewangan anda dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). Pihak Lesenkewangan.com sentiasa akan menasihati dan membantu anda dalam proses menguruskan pendaftaran lesen kewangan ini supaya lesen anda dapat diluluskan dalam tempoh masa yang di inginkan.

DOKUMEN YANG SAH UNTUK MOHON LESEN KEWANGAN

Untuk mohon lesen kewangan bukan sahaja anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan, tetapi anda perlu juga memastikan bahawa maklumat di dalam dokumen tersebut adalah benar dan terkini. Jika anda memalsukan dokumen, lesen kewangan anda boleh ditarik balik oleh pihak KKM dan akan dikenakan tindakan tatatertib. Syarikat yang gagal mengemukakan maklumat terkini juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Hal ini kerana sistem eperolehan telah disambungkan bersama data syarikat yang didaftarkan di SSM. Wajib utk syarikat memberikan dokumen selari dengan maklumat yang didaftarkan di dalam SSM.

Pemilik syarikat harus peka dan sentiasa mengemas kini dokumen pendaftaran syarikat supaya proses permohonan lesen kewangan dapat berjalan dengan lancar. Mengikut pengalaman kami, kebanyakan pemilik tidak mengemas kini alamat perniagaan yang terbaru. Alamat perniagaan ini penting kerana ia akan ditunjukkan di dalam lesen kewangan anda.

PEMILIHAN KOD BIDANG LESEN

Pemilihan kod bidang merupakan elemen penting semasa proses pendaftaran lesen kewangan dilakukan. Ia akan menentukan jenis tawaran tender yang anda layak mohon nanti. Walaupun anda dibenarkan berdaftar sehingga 30 jenis kod bidang, anda perlu pastikan bahawa keterangan kod ini mesti didaftarkan di dalam jenis perniagaan syarikat anda. Kod bidang yang tidak selari dengan jenis perniagaan akan ditolak oleh pegawai yang meluluskan permohonan anda.

Bagi individu yang mempunyai lebih dari satu syarikat yang berdaftar lesen kewangan, anda tidak boleh memilih kod yang sama untuk setiap syarikat anda. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pakatan harga atau salah laku semasa memohon tender. Pastikan anda meneliti kod bidang anda terlebih dahulu sebelum memohon. Dapatkan nasihat kami jika anda tidak pasti. Tidak salah untuk memiliki lebih dari satu sijil kewangan dengan syarat setiap sijil menggunakan kod bidang yang berlainan.

MAKLUMAT SIJIL

Setelah anda kemukakan dokumen dan maklumat yang lengkap untuk mohon lesen kewangan, semestinya anda mengharap kan sijil kewangan anda diluluskan. Tetapi bila anda ingin gunakan untuk sesi taklimat atau lawatan tapak, wakil syarikat tidak dibenarkan masuk masuk. Macam mana perkara ini boleh terjadi sedangkan anda telah mendaftar kan lesen kewangan dengan sah? Dalam kes ini, ramai pembekal yang terlepas pandang berkenaan penama sijil yang diberi kuasa. Di dalam sijil kewangan anda terdapat nama yang akan keluar di dalam sijil. Hanya penama ini sahaja yang layak untuk mewakili syarikat bagi menguruskan tender atau menyertai taklimat dan lawatan tapak tender.

Setiap syarikat dibenarkan meletakkan maksima 10 orang penama di dalam sijil. Pemilik harus mengenal pasti penama ini dan pastikan penama ini dimasukkan semasa memohon lesen kewangan. Bagi yang ingin menambah penama ini di dalam sijil kewangan boleh membuat permohonan kemas kini profil syarikat. Pihak KKM akan mengeluarkan sijil kewangan yang baru dengan penama sijil yang terkini.

RUMUSAN

Walaupun perkara diatas nampak seperti mudah, namun kesalahan maklumat tersebut boleh menyebabkan permohonan anda ditolak atau syarikat anda terpaksa menanggung kerugian bagi membuat permohonan mengemas profil untuk mengubah maklumat yang salah. Ia juga akan merugikan masa anda untuk menguruskannya dan menunggu permohonan lulus. Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu anda secara langsung atau tidak langsung dalam menguruskan permohonan pendaftaran lesen kewangan anda. Jika anda masih ragu-ragu dan tidak pasti, anda boleh terus berhubung dengan pegawai kami di Lesenkewangan.com. Pegawai kami akan menjawab pertanyaan anda sebaiknya. Anda juga boleh terus pergi ke Borang Permohonan untuk terus memohon lesen kewangan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

Pengenalan Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian...

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Hasil semakan mendapati masih ramai kalangan pembekal yang belum mohon lesen MOF lagi. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen mof sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna...

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

Kaedah untuk memajukan perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang...

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Jenis Syarikat Di dalam pendaftaran MOF terdapat banyak permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua...

5 Tawaran  Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

5 Tawaran Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Untuk memasuki tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan anda perlu mendaftar lesen Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk memasuki tender kerajaan ialah perlu mempunyai sijil MOF. Para pembekal tidak perlu susah atau pening...

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda? Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan ke...

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

Pengenalan Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat sdn bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara punca ...

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Adakah anda seorang pembekal yang memerlukan konsultan sijil kewangan bagi syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan dalam masa yang cepat dan mudah? Jangan risau kami di Lesenkewangan.com , kami akan membantu anda untuk memohon sijil kewangan. ‘’Tak sangka...

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

Sabar Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh...

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Pengenalan Bila sebut sahaja lesen kewangan  bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di...