5 Dokumen Pendaftaran Lesen MOF Untuk Enterprise
Disediakan oleh: Nazrin
pendaftaran lesen mof

Pengenalan

Pendaftaran lesen mof dengan Kementerian Kewangan Malaysia ini  tidak lah sukar tetapi prosesnya agak melecehkan. Anda bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer,  malah perlu tahu menggunakan internet. Ini adalah antara punca  utama mengapa kebanyakan pemohon mempunyai masalah dalam proses pendaftaran MOF. Punca kedua kenapa proses permohonan sering gagal ialah kebanyakan pemohon tidak tahu skema permohonan. Kebanyakan daripada dokumen permohonan yang dilampirkan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Penyediaan Dokumen Penting

Bagi pendaftaran MOF untuk Enterprise, permohonan sering gagal kerana kod bidang MOF yang dipohon tidak didaftarkan di dalam jenis perniagaan SSM anda. Begitu juga dengan syarikat Sdn Bhd, kegagalan proses permohonan lesen MOF sering dikaitkan dengan modal berbayar syarikat. Kebanyakan syarikat yang didaftarkan dengan SSM cuma mempunyai modal RM2.00 sahaja. Sekurang-kurangnya modal berbayar yang diperlukan bagi permohonan MOF ialah minima RM2,500.00.Bermula pada tahun 2012, syarat-syarat permohonan MOF telah bertambah dan diperketatkan dari semasa ke semasa.

Antara syarat terkini bagi setiap permohonan lesen MOF, tidak kira syarikat Enterprise atau Sdn Bhd, tidak semua bidang MOF boleh dipohon jika perniagaan dilakukan menggunakan premis rumah kediaman.Syarat ini sering menjadi masalah kepada setiap pemohon kerana kebiasaannya mereka beroperasi dari rumah dan tidak mempunyai pejabat perniagaan yang sah.Bagi pendaftaran MOF untuk Enterprise, dokumen asas yang anda perlu sediakan adalah seperti salinan SSM anda, salinan Kad Pengenalan Pemilik & Pekerja, Penyata Bank bagi akaun semasa syarikat yang terkini berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00 dan Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP bagi bulan terkini. Bagi yang menggunakan alamat pejabat pula wajib kemukakan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) dan surat perjanjian sewa premis yang telah dimatikan setem.

Kesimpulan

Walaupun bagaimanapun, segala masalah ini boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran MOF dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran lesen MOF. Segala-galanya diselesaikan oleh syarikat kami. Anda cuma sediakan dokumen yang pihak kami perlukan dan kami uruskan proses pendaftaran sepenuhnya sehingga mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh mengisi Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk syarikat anda.Tiada kerunsingan, tiada bebanan untuk anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

7 Syarat Pendaftaran Syarikat Dengan SSM

7 Syarat Pendaftaran Syarikat Dengan SSM

Pengenalan Berdasarkan laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau...

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?

Hasil semakan mendapati masih ramai dikalangan pembekal yang belum memohon lesen MOF. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen MOF sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna anda...

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

Semua ingin memajukan perniagaan dan berjaya serta dapat mengubah masa depan yang lebih baik. Dan tiada sesiapa pun yang harapkan perniagaan yang dijalankan musnah. Tanpa tindakan yang betul & tepat mustahil sesebuah perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Tidak...

Ketahui Jenis Pendaftaran MOF Dan Bayaran Syarikat Anda

Ketahui Jenis Pendaftaran MOF Dan Bayaran Syarikat Anda

Jenis Syarikat Di dalam pendaftaran MOF terdapat banyak permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua...

Perkhidmatan  Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Perkhidmatan Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Untuk menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan syarikat perlu mendaftar sijil kewangan MOF Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk menyertai tender kerajaan ialah syarikat perlu mempunyai sijil kewangan MOF. Anda...

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda? Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan...

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

Pengenalan Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat Sdn Bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara...

Kenapa Perlu Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Kenapa Perlu Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Adakah anda seorang pembekal yang memerlukan konsultan sijil kewangan bagi syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan dalam masa yang cepat dan mudah? Jangan risau kami di Lesenkewangan.com , kami akan membantu anda untuk memohon sijil kewangan. ‘’Tak sangka...

3 kunci Sabar Bagi Usahawan Perniagaan Untuk Kekal Berjaya

3 kunci Sabar Bagi Usahawan Perniagaan Untuk Kekal Berjaya

Sabar Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh...

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Pengenalan Bila sebut sahaja lesen kewangan  bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di...