5 Syarat Utama Daftar Syarikat Enterprise Dengan MOF
Disediakan oleh: Administrator
checklist

Boleh dikatakan syarikat milikan tunggal/perkongsian (ROB) lebih mudah untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Namun begitu, ia juga bergantung kepada jenis bidang yang dimohon & kelayakan yang ada. Berikut adalah 5 syarat wajib ada untuk syarikat milikan tunggal/perkongsian (ROB) berdaftar dengan MOF & Eperolehan:

Daftar Perniagaan SSM

Sijil perniagaan, maklumat pemilik & perniagaan yang masih aktif & tidak expired. Kod Bidang permohonan MOF mestilah selari dengan jenis perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kemaskini jenis perniagaan perlu dibuat terlebih dahulu jika ianya tidak selari.

Penyata Akaun Semasa

Salinan penyata akaun semasa syarikat atau slip deposit bagi bulan terkini yang berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00 (bagi permohonan kod bidang biasa) juga perlu disertakan. Ianya untuk mengenalpasti kemampuan kewangan syarikat membuat bekalan produk atau perkhidmatan kepada pihak kerajaan nanti. Selain itu, bayaran dari pihak kerajaan kepada pembekal juga akan dibuat ke akaun ini.

Dokumen Pengenalan Diri

Salinan kad pengenalan semua pemilik yang masih sah perlu disertakan. Bagi pemilik bukan warganegara, salinan passport yang masih aktif perlu disertakan. Dokumen pemilik terdahulu tidak diperlukan.

Premis Perniagaan

Selain dari 46 Kod Bidang Rumah, syarikat perlu beroperasi di premis perniagaan yang disewa atau dimiliki untuk layak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Pekerja Syarikat

Syarikat perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang pekerja (bergantung kepada jenis kod bidang). Pemilik syarikat yang tidak memiliki pekerja tidak boleh dikira sebagai pekerja. Bagi syarikat perkongsian, salah seorang boleh dikira sebagai personal pengurusan & selebihnya sebagai pekerja. Sekiranya anda menjalankan perniagaan tanpa pekerja, ahli keluarga terdekat boleh diisytiharkan sebagai pekerja jika mendapat persetujuan daripadanya.

Kesimpulan

Walaupun senarai di atas nampak biasa & mudah, terdapat beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi untuk layak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia & Eperolehan. Ianya juga bergantung kepada jenis syarikat & kod bidang yang anda ingin daftarkan.

Dapatkan khidmat nasihat & servis yang disediakan oleh Lesenkewangan.com untuk memudahkan urusan pendaftaran syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia & Eperolehan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Bisnes Dari Rumah Pun Boleh Join Tender & Sebutharga Kerajaan

Bisnes Dari Rumah Pun Boleh Join Tender & Sebutharga Kerajaan

Berita baik untuk peniaga yang beroperasi dari rumah! Anda juga layak untuk membekal kepada jabatan kerajaan. Terdapat 46 jenis perniagaan (kod bidang) yang layak didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau Eperolehan bagi syarikat yang beralamat di...

Buat Bisnes Dengan Jabatan Kerajaan

Buat Bisnes Dengan Jabatan Kerajaan

Anda ada bisnes? Sangat rugi jika bisnes anda hanya cukup-cukup makan sahaja. Lebih teruk lagi jika ianya tidak menghasilkan untung. Banyak bisnes hari ini tersepit dengan kos pengurusan & operasi syarikat yang tinggi seperti gaji pekerja, bil elektrik, telefon,...

Lesen Kewangan – Adakah Bisnes Anda Perlukannya?

Lesen Kewangan – Adakah Bisnes Anda Perlukannya?

Adakah anda berpuashati dengan jumlah keuntungan hasil dari jualan produk/perkhidmatan anda sekarang? Sekiranya jawapannya adalah "Ya", maka anda tidak perlukan lesen kewangan. Namun begitu, sekiranya jawapan anda adalah "Tidak", inilah cara yang sesuai untuk anda...