5 Langkah Mudah Lesen Kewangan Online

by

Lesen Kewangan Online

Isi Borang Permohonan & Buat Bayaran.

Setiap permohonan semestinya ada borang yang perlu di isi. Sama juga dengan permohonan lesen kewangan online di mana anda perlu mengisi beberapa butiran syarikat untuk tujuan pengesahan dari pihak kami. Isikan beberapa butiran di Borang Permohonan seperti nama & nombor syarikat, jenis permohonan, alamat email dan juga nombor telefon untuk dihubungi. Untuk melengkapkan permohonan, anda perlu membuat bayaran melalui pembayaran atas talian (FPX) mengikut jenis permohonan yang anda pilih. Bayaran boleh dibuat secara penuh atau sebahagian.

Permohonan Disemak & Disahkan.

Setelah butiran permohonan & bayaran diterima, pegawai kami akan memproses & mengenal pasti syarat-syarat pendaftaran lesen kewangan online beserta dokumen yang perlu disediakan (bergantung kepada jenis permohonan anda). Senarai dokumen dan borang permohonan akan dihantar ke email yang telah didaftarkan. Pegawai kami juga akan menghubungi anda bagi menerangkan proses & prosedur pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat anda.

Hantar Dokumen Permohonan.

Penghantaran dokumen boleh dibuat dengan 3 cara. Yang pertama boleh terus ke pejabat kami jika anda berada berdekatan. Yang kedua anda boleh terus emailkan sahaja segala dokumen pendaftaran mof kepada pihak kami ke email support@lesenkewangan.com. Kebanyakan pelanggan kami akan menggunakan cara yang kedua ini kerana ia lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa. Bagi cara ketiga pula anda boleh lakukan serahan melalui kurier terus ke alamat pejabat kami.

Permohonan Diproses.

Sebaik dokumen permohonan lesen kewangan online anda diterima, pegawai kami akan menyemak dan memproses permohonan lesen kewangan online syarikat anda. Di dalam proses ini, pegawai kami akan menasihati dan membantu anda untuk melengkapkan dokumen-dokumen permohonan. Dokumen permohonan pendaftaran mof akan disemak dengan teliti bagi mengelakkan permohonan sijil kewangan online anda ditolak. Setelah dokumen permohonan anda lengkap, pegawai kami akan memproses permohonan syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan sijil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Segala proses kelulusan ini akan diuruskan oleh pihak kami. Anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkannya.

Penghantaran Sijil Pendaftaran.

Inilah masa yang ditunggu oleh pelanggan kami semua. Setelah permohonan lesen kewangan online diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), sijil kewangan syarikat akan dihantar terus ke email anda. Untuk sijil hard copy pula, kami akan hantarkan melalui khidmat kurier secara percuma terus ke alamat anda. Bukan sahaja lesen kewangan yang anda akan dapat, pendaftaran Eperolehan juga akan di berikan pada anda sebaik proses permohonan selesai. Jadi anda tidak perlu membuat pendaftaran lain lagi. Hanya log masuk dan boleh terus gunakan. Anda tidak akan menyesal kerana sudah pasti anda akan mendapat layanan yang terbaik dari pihak kami. Seperti pelanggan-pelanggan lain yang telah dapatkan perkhidmatan kami.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×