Daftar Kod Bidang Bengkel Lesen MOF

by

kod bidang bengkel

Untuk memohon lesen kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia, syarikat anda wajib mendaftar dahulu perniagaan di SSM. Selepas itu, masukkan maklumat anda seperti alamat pejabat, alamat pemilik dan jenis perniagaan. Berkenaan  jenis perniagaan, kebiasaanya syarikat anda akan memilih perniagaan yang dijalankan oleh syarikat seperti makanan, alatan sukan, dan sebagainya. Ini kerana apabila anda memohon perniagaan tersebut dan sudah berdaftar di SSM, anda boleh memohon lesen kewangan pula dengan menggunakan kod tersebut dengan syarat jenis perniagaan itu selari dengan kod bidang yang akan di mohon. 

Jika ingin memohon kod bidang bengkel, syarikat anda dikehendaki menyediakan beberapa dokumen tambahan bersyarat seperti :

1. Fire + Public Liability insurance (Min. insured: RM100,000.00).

Syarikat anda wajib menyediakan insurans ini untuk membolehkan kod bidang bengkel lesen kewangan syarikat anda diluluskan, jika tiada syarikat anda perlu memohon dahulu polisi insurans tersebut. 

2. Gambar peralatan dan mesin beserta gambar premis bengkel

Pihak anda diwajibkan menyediakan gambar-gambar alatan bengkel dan mesin  yang digunakan seperti alat pembuka tayar, mesin, skru dan sebagainya. Untuk premis pula, anda perlu menghantar gambar luar dan dalam premis bengkel tersebut beserta gambar papan tanda yang memaparkan nama syarikat anda. 

3. Invois/resit/bukti pembelian mesin & kelengkapan penyelenggaraan kenderaan.

Syarikat anda perlu menyediakan invois/resit/bukti pembelian mesin & kelengkapan penyelenggaraan kenderaan bagi memudahkan pihak kami untuk merekod dokumen tersebut di dalam sistem lesen kewangan anda. Ini kerana, dokumen tersebut wajib di rekod untuk dihantar ke pihak MOF

4. Penyata/Borang A & Resit bayaran KWSP pekerja yang terkini (sekurangnya 3 orang pekerja yang terdiri daripada 2 mekanik dan 1 kerani).

KWSP pekerja wajib disediakan untuk memohon lesen kewangan kod bidang bengkel. Syarikat perlu menentukan pekerja yang akan dijadikan sebagai mekanik dan kerani. Jika tiada caruman KWSP pekerja, kemungkinan lesen kewangan anda untuk memilih kod bidang bengkel tidak akan diluluskan oleh pegawai MOF. 

Jika anda mempunyai syarat-syarat seperti yang saya nyatakan di atas, anda boleh menghubungi  pihak kami di talian 018-9652800 untuk memohon lesen kewangan bagi kod bidang bengkel. Di Lesenkewangan.com, pihak kami akan membantu anda mendapatkan lesen kewangan dengan lebih mudah tanpa anda perlu hadir ke pejabat. Hanya berurusan melalui email dan kurierkan saja dokumen tersebut ke alamat kami. 

Di bawah ini senarai pelanggan-pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan dengan pihak kami.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×