5 Syarat Utama Daftar Syarikat Enterprise Dengan Mof

by

daftar syarikat enterprise

Masih belum daftar syarikat enterprise anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)? Boleh dikatakan syarikat milikan tunggal/perkongsian (ROB) lebih mudah untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Namun begitu, ia juga bergantung kepada jenis bidang yang dimohon & kelayakan yang ada. Berikut adalah 5 syarat wajib ada untuk syarikat milikan tunggal/perkongsian (ROB) berdaftar dengan MOF & Eperolehan:

Daftar Perniagaan SSM

Sijil perniagaan, maklumat pemilik & perniagaan yang masih aktif & tidak expired. Kod Bidang permohonan MOF mestilah selari dengan jenis perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kemaskini jenis perniagaan perlu dibuat terlebih dahulu jika ianya tidak selari sebelum anda daftar syarikat enterprise dengan mof.

Penyata Akaun Semasa

Salinan penyata akaun semasa syarikat atau slip deposit bagi bulan terkini yang berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00 (bagi permohonan kod bidang biasa) juga perlu disertakan. Ianya untuk mengenalpasti kemampuan kewangan syarikat membuat bekalan produk atau perkhidmatan kepada pihak kerajaan nanti. Selain itu, bayaran dari pihak kerajaan kepada pembekal juga akan dibuat ke akaun ini.

Dokumen Pengenalan Diri

Salinan kad pengenalan semua pemilik yang masih sah perlu disertakan. Bagi pemilik bukan warganegara, salinan passport yang masih aktif perlu disertakan. Dokumen pemilik terdahulu tidak diperlukan.

Premis Perniagaan

Selain dari 45 Kod Bidang Rumah, syarikat perlu beroperasi di premis perniagaan yang disewa atau dimiliki untuk layak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Pekerja Syarikat

Untuk makluman, wajib ke atas mana-mana syarikat yang ingin daftar syarikat enterprise dengan mof mempunyai pekerja. Syarikat perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang pekerja (bergantung kepada jenis kod bidang). Pemilik syarikat yang tidak memiliki pekerja tidak boleh dikira sebagai pekerja. Bagi syarikat perkongsian, salah seorang boleh dikira sebagai personal pengurusan & selebihnya sebagai pekerja. Sekiranya anda menjalankan perniagaan tanpa pekerja, ahli keluarga terdekat boleh diisytiharkan sebagai pekerja jika mendapat persetujuan daripadanya.

Kesimpulan

Walaupun senarai di atas nampak biasa & mudah, terdapat beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi untuk layak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia & Eperolehan. Ianya juga bergantung kepada jenis syarikat & kod bidang yang anda ingin daftarkan.

Jika anda masih belum daftar syarikat enterprise anda dengan pihak mof boleh hubungi kami untuk memudahkan urusan pendaftaran anda. Dapatkan khidmat nasihat & servis yang disediakan oleh Lesenkewangan.com untuk memudahkan urusan pendaftaran syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia & Eperolehan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan