Kelebihan Daftar Akaun Asas
Disediakan oleh: Fatiha
Akaun Asas

Setiap syarikat yang ingin berurus niaga dengan kerajaan persekutuan hendaklah berdaftar dengan MOF melalui salah satu akaun berikut iaitu akaun asas atau akaun MOF..Pendaftaran akaun asas ini adalah terpakai kepada syarikat berstatus warganegara Malaysia yang ingin bertransaksi dengan kerajaan bagi perolehan bernilai sehingga RM20,000 setahun sahaja. Bagi pendaftaran individu, dihadkan kepada perkhidmatan tertentu sahaja iaitu pembekalan makanan bermasak islam/bukan islam, perkhidmatan membersih dan mencuci bangunan, & perkhidmatan alternatif.

Pendaftaran akaun asas syarikat hendaklah memastikan seorang pentadbir pembekal dilantik semasa membuat permohonan pendaftaran MOF bagi membolehkan semua urusan pendaftaran akaun dan berurus niaga dalam Eperolehan kerajaan. Syarikat boleh melantik maksimum tiga (3) orang personel yang diberi kuasa untuk diisytiharkan di dalam sistem Eperolehan.

Sekiranya syarikat mempunyai lebih daripada seorang personel, maka pentadbir pembekal tersebut boleh melantik sama ada pengguna pembekal atau pengguna katalog seperti dalam peranan dan fungsi pembekal bagi sistem Eperolehan. Syarikat hendaklah mempunyai akaun simpanan/semasa yang aktif atas nama syarikat. Hanya akaun bank yang didaftarkan sahaja boleh digunakan bagi tujuan pembayaran. Syarikat dibenarkan untuk menaiktaraf pendaftaran kepada akaun MOF bagi perolehan bekalan/perkhidmatan (bukan perunding) pada bila-bila masa sahaja. Syarikat hendaklah memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam akaun asas adalah sah dan aktif untuk digunakan sebagai medium perhubungan rasmi serta pengaktifan akaun dan sijil digital. Perubahan alamat emel hendaklah dikemas kini dengan kadar segera.

Bagi membolehkan syarikat mengakses sistem Eperolehan, syarikat anda harus :

·         Membuat pengaktifan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima emel  pertama yang mengandungi kod pengaktifan untuk mencipta ID log masuk ke dalam sistem Eperolehan.

·         Menukar kata laluan setelah menerima emel kedua yang mengandungi kata laluan sementara.

Bagi membolehkan pihak anda berurusan dengan Eperolehan, syarikat hendaklah mengambil tindakan seperti :

·         Memuat naik sekurang-kurangnya satu katalog mengikut jenis produk atau perkhidmatan yang dilakukan oleh syarikat dalam sistem Eperolehan. Katalog ini boleh dikemas kini pada bila-bila masa mengikut keperluan syarikat masing-masing. Mempunyai sijil digital yang masih sah tempoh laku. Bagi pendaftaran individu, hanya satu sijil digital sahaja yang dibenarkan. Manakala bagi pendaftaran selain individu, sijil digital hanya terhad kepada tiga (3) pengguna sahaja iaitu bagi peranan Pentadbir Pembekal dan Pengguna Pembekal.

Akhir kata, anda boleh melihat pelanggan-pelanggan lain yang telah mendapatkan perkhidmatan kami di lesenkewangan.com..Tunggu apa lagi , jom hubungi phak kami di talian 018-9652800.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

Pengenalan Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian...

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Hasil semakan mendapati masih ramai kalangan pembekal yang belum mohon lesen MOF lagi. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen mof sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna...

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

Kaedah untuk memajukan perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang...

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Jenis Syarikat Di dalam pendaftaran MOF terdapat banyak permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua...

5 Tawaran  Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

5 Tawaran Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Untuk memasuki tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan anda perlu mendaftar lesen Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk memasuki tender kerajaan ialah perlu mempunyai sijil MOF. Para pembekal tidak perlu susah atau pening...

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda? Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan ke...

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

Pengenalan Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat sdn bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara punca ...

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Adakah anda seorang pembekal yang memerlukan konsultan sijil kewangan bagi syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan dalam masa yang cepat dan mudah? Jangan risau kami di Lesenkewangan.com , kami akan membantu anda untuk memohon sijil kewangan. ‘’Tak sangka...

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

Sabar Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh...

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Pengenalan Bila sebut sahaja lesen kewangan  bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di...