Kelebihan Daftar Akaun Asas Untuk Pembekal

by

Akaun Asas

Setiap syarikat yang ingin berurus niaga dengan kerajaan persekutuan hendaklah berdaftar dengan MOF melalui salah satu akaun berikut iaitu akaun asas atau akaun MOF..Pendaftaran akaun asas ini adalah terpakai kepada syarikat berstatus warganegara Malaysia yang ingin bertransaksi dengan kerajaan bagi perolehan bernilai sehingga RM20,000 setahun sahaja. Bagi pendaftaran individu, dihadkan kepada perkhidmatan tertentu sahaja iaitu pembekalan makanan bermasak islam/bukan islam, perkhidmatan membersih dan mencuci bangunan, & perkhidmatan alternatif.

Pendaftaran akaun asas syarikat hendaklah memastikan seorang pentadbir pembekal dilantik semasa membuat permohonan pendaftaran MOF bagi membolehkan semua urusan pendaftaran akaun dan berurus niaga dalam Eperolehan kerajaan. Syarikat boleh melantik maksimum tiga (3) orang personel yang diberi kuasa untuk diisytiharkan di dalam sistem Eperolehan.

Sekiranya syarikat mempunyai lebih daripada seorang personel, maka pentadbir pembekal tersebut boleh melantik sama ada pengguna pembekal atau pengguna katalog seperti dalam peranan dan fungsi pembekal bagi sistem Eperolehan. Syarikat hendaklah mempunyai akaun simpanan/semasa yang aktif atas nama syarikat. Hanya akaun bank yang didaftarkan sahaja boleh digunakan bagi tujuan pembayaran. Syarikat dibenarkan untuk menaiktaraf pendaftaran kepada akaun MOF bagi perolehan bekalan/perkhidmatan (bukan perunding) pada bila-bila masa sahaja. Syarikat hendaklah memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam akaun asas adalah sah dan aktif untuk digunakan sebagai medium perhubungan rasmi serta pengaktifan akaun dan sijil digital. Perubahan alamat emel hendaklah dikemas kini dengan kadar segera.

Bagi membolehkan syarikat mengakses sistem Eperolehan, syarikat anda harus :

Menerima emel & pengaktifkan ID akaun asas

·         Membuat pengaktifan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima emel  pertama yang mengandungi kod pengaktifan untuk mencipta ID log masuk ke dalam sistem Eperolehan.

Menerima emel kata laluan

·         Menukar kata laluan setelah menerima emel kedua yang mengandungi kata laluan sementara.

Bagi membolehkan pihak anda berurusan dengan Eperolehan, syarikat hendaklah mengambil tindakan seperti :

·         Memuat naik sekurang-kurangnya satu katalog mengikut jenis produk atau perkhidmatan yang dilakukan oleh syarikat dalam sistem Eperolehan. Katalog ini boleh dikemas kini pada bila-bila masa mengikut keperluan syarikat masing-masing. Mempunyai sijil digital yang masih sah tempoh laku. Bagi pendaftaran individu, hanya satu sijil digital sahaja yang dibenarkan. Manakala bagi pendaftaran selain individu, sijil digital hanya terhad kepada 2 pengguna sahaja iaitu bagi peranan pentadbir pembekal dan pengguna pembekal.

Akhir kata, anda boleh melihat pelanggan-pelanggan lain yang telah mendapatkan perkhidmatan kami di lesenkewangan.com..Tunggu apa lagi, jom hubungi phak kami di talian 018-9652800.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×