3 Langkah Mohon Lesen Kewangan Online Dengan MOF

by

mohon lesen kewangan online

Tidak tahu bagaimana proses mohon lesen kewangan online dibuat. Masih blurr tatacara permohonan sijil kewangan yang perlu dibuat secara atas talian seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak ePerolehan kepada pembekal?

Bergerak mengikuti peredaran zaman, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah memudahkan urusan para pembekal dengan menyediakan dua cara permohonan sama ada permohonan secara atas talian (online) ataupun permohonan di luar talian (offline). Oleh itu, pembekal digalakkan untuk mohon lesen kewangan online bagi menjimatkan masa.

Daftar Akaun

Oleh itu, kami akan terangkan bagaimana proses mohon lesen kewangan online ini dilakukakan menggunakan telefon ataupun laptop dirumah anda. Perkara pertama pembekal dinasihatkan untuk mendaftar dahulu akaun pembekal di laman sesawang Eperolehan . Hal ini kerana, wajib setiap syarikat mempunyai ID & Kata Laluan untuk masuk ke sistem ePerolehan bagi membuat permohonan sijil kewangan dengan MOF.

Pengaktifan Kod

Sebaik sahaja pendaftaran pembekal baharu telah dibuat, anda akan dapat satu email untuk mengaktifkan kod bagi ID & kata laluan tersebut dan anda akan diberikan satu link pendaftaran tersebut. Apabila telah diaktifkan anda perlu log masuk ke sistem ePerolehan untuk mohon lesen kewangan online.

Proses Permohonan

Sebaik sahaja akaun ePerolehan sudah diaktifkan, anda boleh proses permohonan mengikut setiap langkah-langkah yang disediakan untuk isikan maklumat-maklumat penting syarikat sebelum permohonan dihantar ke MOF untuk mendapatkan kelulusan. Apabila permohonan sudah dihantar, anda boleh semak status permohonan setiap hari didalam sistem tersebut sama ada diluluskan atau ditolak.

Mudah bukan untuk membuat permohonan lesen kewangan online ini? Yang menjadi susah apabila anda tidak menyediakan dokumen yang diminta dan tidak memasukkan data syarikat dengan betul didalam sistem ePerolehan yang menajdi punca permohonan anda ditolak. Sebab itulah anda digalakkan untuk membuat semakan dahulu semua maklumat yang dimasukan dalam sistem sebelum permohonan dihantar ke MOF.

Nak jadikan permohonan anda lebih mudah, cepat dan pantas boleh klik link dibawah Lesenkewangan.com untuk pihak kami uruskan. Semuanya sudah disediakan oleh kami, anda hanya sediakan dokumen sahaja dan menunggu permohonan diluluskan.

Klik sekarang untuk mendapatkan khidmat konsultan yang terbaik daripada kami dan mendapatkan sijil kewangan dengan cepat. Boleh juga hubungi talian hotline kami 0189652800 & 0189652700.

4 Comments

  1. Sarinah

    Mohon penerangan tentang sijil akuan pembuat

    Reply
    • Administrator

      Hi Sarinah.. Sila hubungi team kami ditalian 018 9652 700 / 018 9652 800 (waktu pejabat) untuk bantuan.

      Reply
  2. Najib

    saya ingin memohon sijil kewangan. Whatsapp 01155535265. Apakah langkah seterusnya?

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan