Sijil Kewangan Tanpa Premis Perniagaan
Disediakan oleh: Faiz
sijil kewangan

Pendahuluan

Ramai perniaga sering bertanya kepada pihak kami “saya tak ada premis perniagaan, layak ke untuk saya daftar sijil kewangan?” Jawabannya adalah “Ya anda layak”. Walaupun anda tiada premis perniagaan, sekadar menggunakan alamat rumah kediaman di dalam alamat pendaftaran SSM, anda masih layak untuk mendaftar sijil kewangan dengan syarat anda perlu juga membuka akaun bank semasa diatas nama syarikat anda. Dengan keadaan pandemik Covid-19 dan ekonomi yang tidak menentu sekarang, sudah pasti ramai perniaga yang telah menutup premis perniagaan bagi mengurangkan kod operasi. Namun ia tidak menghalang untuk anda terus berhenti berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

Sijil Kewangan

Kebiasaanya pendaftaran mof untuk enterprise lebih banyak menggunakan alamat rumah sebagai premis perniagaan. Bagi perniaga yang menggunakan alamat rumah, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menetapkan hanya 40 jenis kod bidang sahaja yang boleh dipilih untuk didaftarkan di dalam sijil kewangan. Bagi pendaftaran mof untuk enterprise jumlah kod bidang yang boleh didaftarkan di dalam sijil kewangan adalah maksimum 30 daripada 40 jenis kod yang ditawarkan.

Kod Bidang

Kod bidang membekal makanan adalah antara kod bidang yang popular sering dipilih oleh peniaga. Hal ini kerana kod ini boleh beroperasi dari rumah sahaja dan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan tender kerajaan. Setiap tahun kerajaan akan membuka tender membekal makanan di kantin atau dewan makan di seluruh sekolah di Malaysia. Cuba anda kira berapa banyak sekolah yang ada di dalam Malaysia. Bukan kod bidang makanan sahaja yang sering dipilih untuk untuk daftar sijil kewangan, kod bidang membersih Kawasan dan bangunan juga antara kod bidang sering dipilih oleh perniaga. Kod ini juga termasuk di dalam 40 jenis kod bidang yang disenarai oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi syarikat yang beroperasi dari rumah kediaman.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak mempunyai premis perniagaan bukanlah penghalang untuk anda berhenti berurusan dengan jabatan kerajaan. Masih banyak peluang untuk anda meneruskan perniagaan. Anda harus percaya pada rezeki dan setiasa berusaha ke arah kejayaan. Kami di Lesenkewangan.com sentiasa mendoakan pelanggan-pelanggan kami Berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Tidak banyak yang kami boleh bantu, namun jika ia berkaitan dengan pendaftaran sijil kewangan Kamilah yang patut and cari. Kami sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan proses permohonan lesen kewangan syarikat anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

Pengenalan Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian...

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Hasil semakan mendapati masih ramai kalangan pembekal yang belum mohon lesen MOF lagi. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen mof sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna...

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

Kaedah untuk memajukan perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang...

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Jenis Syarikat Di dalam pendaftaran MOF terdapat banyak permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua...

5 Tawaran  Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

5 Tawaran Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Untuk memasuki tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan anda perlu mendaftar lesen Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk memasuki tender kerajaan ialah perlu mempunyai sijil MOF. Para pembekal tidak perlu susah atau pening...

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda? Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan ke...

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

Pengenalan Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat sdn bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara punca ...

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Adakah anda seorang pembekal yang memerlukan konsultan sijil kewangan bagi syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan dalam masa yang cepat dan mudah? Jangan risau kami di Lesenkewangan.com , kami akan membantu anda untuk memohon sijil kewangan. ‘’Tak sangka...

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

Sabar Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh...

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Pengenalan Bila sebut sahaja lesen kewangan  bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di...