Ketahui Rahsia Untuk Mengelakkan Permohonan Ditolak Oleh MOF
Disediakan oleh: Fateen
Permohonan Ditolak

Rasa tertekan atau kecewa apabila permohonan ditolak oleh pegawai MOF? Dokumen sokongan yang diminta oleh MOF terlalu sukar untuk disediakan sehingga menyebabkan permohonan ditolak? Dokumen permohonan masih tidak lengkap dan tidak tahu bagaimana untuk melengkapkan permohonan supaya tidak ditolak oleh pegawai MOF?

Pengenalan

Jangan risau, kami akan bongkarkan rahsia bagaimana untuk mengelakkan permohonan pendaftaran yang dibuat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tidak ditolak dan mendapat kelulusan dalam tempoh yang dijanjikan. Kita juga akan bantu anda untuk menghantar semula permohonan yang ditolak beberapa kali oleh pegawai MOF.

Sebenarnya pendaftaran sijil Kementerian Kewangan Malaysia tidaklah begitu sukar untuk dimohon namun tidak juga mudah untuk mendapatkan kelulusan. Namun begitu, permohonan anda masih boleh dibuat sekiranya anda semua dapat menyediakan segala dokumen yang diminta oleh MOF. Bahkan anda juga perlu mengetahui dokumen-dokumen basic yang perlu ada dalam syarikat/perniagaan anda. Ini adalah penting bagi memastikan segala proses permohonan berjalan dengan lancar dan permohonan mudah diluluskan malah dapat mengelakkan permohonan ditolak oleh pegawai.

Dokumen Penting

Antara dokumen yang perlu disediakan ialah salinan sijil pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jika tiada SSM anda memang tidak layak untuk memohon sijil MOF ini. Mana mungkin syarikat/perniagaan boleh ditubuhkan sekiranya tidak berdaftar dengan SSM, ini dokumen yang paling basic yang kami maksudkan yang wajib ada. Kedua, penyata akaun bank semasa syarikat, tahukah anda setiap perniagaan sememangnya mempunyai akaun bank sendiri dan tidak boleh menggunakan akaun bank simpanan pemilik/pengarah. Anda perlu memastikan penyata akaun tersebut adalah penyata akaun semasa dan atas nama syarikat yang didaftarkan. Ketiga, penyata/borang A caruman KWSP pekerja serta resit bayaran caruman. Untuk dokumen ini, bagi pendaftaran baru tidak wajib disediakan namun jika ada boleh disertakan sekali, tetapi untuk pendaftaran pembaharuan syarikat/perniagan wajib sediakan semasa permohonan dibuat. Seterusnya, salinan perjanjian sewa premis yang telah dimatikan setem hasil, jika premis tersebut merupakan premis sendiri yang dibeli hendaklah wajib sediakan dokumen hak milik/geran sebagai bukti. Ini ada 4 dokumen basic yang wajib ada untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.

Punca Penolakan

Sini kami bongkarkan antara kesilapan-kesilapan yang berlaku dan menjadi punca permohonan yang dibuat ditolak oleh pegawai MOF. Berdasarkan pengalaman client kami yang alami masalah penolakan permohonan adalah selalu hantar ssm yang telah tamat tempoh sah laku dan kekurangan bilangan muka surat ssm, penyata akaun bank yang dihantar bukan penyata akaun semasa syarikat, tiada caruman KWSP dan resit bayaran, jumlah bayaran KWSP pada penyata tidak selari dengan resit bayaran caruman, perjanjian sewa tidak dimatikan setem dan perjanjian sewa telah luput tarikh. Sangat cepat dalam memberi respond jika terdapat masalah dan membantu saya dalam mendapatkan sijil apabila permohonan ditolak oleh pegawai. Senang untuk berkomunikasi dengan pagawai. Harap prestasi dikekalkan. Terima Kasih

Ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang dokumen yang diperlukan bagi mengelakkan permohonan ditolak oleh pegawai MOF? Masih tidak tahu bagaimana permohonan boleh ditolak? Atau keliru dengan dokumen yang disediakan menyebabkan permohonan ditolak? Klik https://www.lesenkewangan.com/borang-permohonan/ di website kami & dapatkan maklumat yang lebih detail daripada pegawai kami. Lepas ini anda tidak perlu risau lagi permohonan ditolak dan menangis dibucu meja kerana kami anda membantu anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

7 Syarat Pendaftaran Syarikat Dengan SSM

7 Syarat Pendaftaran Syarikat Dengan SSM

Pengenalan Berdasarkan laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau...

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?

Hasil semakan mendapati masih ramai dikalangan pembekal yang belum memohon lesen MOF. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen MOF sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna anda...

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

Semua ingin memajukan perniagaan dan berjaya serta dapat mengubah masa depan yang lebih baik. Dan tiada sesiapa pun yang harapkan perniagaan yang dijalankan musnah. Tanpa tindakan yang betul & tepat mustahil sesebuah perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Tidak...

Ketahui Jenis Pendaftaran MOF Dan Bayaran Syarikat Anda

Ketahui Jenis Pendaftaran MOF Dan Bayaran Syarikat Anda

Jenis Syarikat Di dalam pendaftaran MOF terdapat banyak permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua...

Perkhidmatan  Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Perkhidmatan Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Untuk menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan syarikat perlu mendaftar sijil kewangan MOF Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk menyertai tender kerajaan ialah syarikat perlu mempunyai sijil kewangan MOF. Anda...

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda? Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan...

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

Pengenalan Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat Sdn Bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara...

Kenapa Perlu Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Kenapa Perlu Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Adakah anda seorang pembekal yang memerlukan konsultan sijil kewangan bagi syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan dalam masa yang cepat dan mudah? Jangan risau kami di Lesenkewangan.com , kami akan membantu anda untuk memohon sijil kewangan. ‘’Tak sangka...

3 kunci Sabar Bagi Usahawan Perniagaan Untuk Kekal Berjaya

3 kunci Sabar Bagi Usahawan Perniagaan Untuk Kekal Berjaya

Sabar Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh...

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Pengenalan Bila sebut sahaja lesen kewangan  bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di...