3 Cara Register MOF Dengan Mudah

by

register mof

Ramai tertanya-tanya bagaimana proses untuk register MOF ini dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan ada juga dikalangan pembekal masih tidak tahu nak buat permohonan lesen MOF dan memerlukan khidmat konsultan kami di Lesenkewangan.com. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai konsultan membantu anda untuk register MOF sehingga mendapat kelulusan daripada MOF.

Disini, saya terangkan proses-proses yang perlu para pembekal lakukan untuk daftar Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Langkah pertama, anda disarankan untuk mengisi borang permohonan atau borang maklumat yang disediakan di laman sesawang kami iaitu lesenkewangan.com. Anda akan diminta untuk melengkapkan ruangan kosong dengan mengisi maklumat-maklumat syarikat yang diminta di dalam borang tersebut. Selepas semua maklumat telah diisi, anda perlu menekan butang hantar tetapi sila pastikan sebelum menghantar borang tersebut, nombor telefon yang diisi adalah betul dan orang yang dipertanggunggjawabkan dalam urusan register MOF ini. Hal ini kerana kebanyakan client kami sering tersilap isi maklumat yang penting itu dan menyebabkan kesukaran pegawai kami untuk menghubungi anda.

Seterusnya pegawai kami akan menghubungi anda melalui maklumat yang diisikan oleh tuan/puan untuk penerangan lebih lanjut berkenaan register MOF, kebiasaanya pegawai kami akan hubungi anda dalam tempoh tidak lebih daripada 24jam selepas borang maklumat dihantarkan kepada kami. Setelah anda telah faham dan jelas, pegawai kami akan emailkan anda senarai dokumen-dokumen yang diperlukan bagi register MOF dan anda akan menyediakan segala dokumen tersebut serta emailkan kepada kami untuk semakan.

Antara dokumen yang diperlukan bagi permohonan daftar Kementerian Kewangan Malaysia ialah :

Perniagaan ROB (Enterprise/Trading/Resources)

  1. Borang D/E SSM + Maklumat pemilik & perniagaan yang masih sah tempoh (jenis perniagaan SSM mestilah selari dengan bidang pendaftaran MOF.
  2. Penyata bank bagi akaun semasa syarikat (current account) yang terkini berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00.
  3. Salinan kad pengenalan semua pemilik syarikat.
  4. Salinan kad pengenalan pekerja.
  5. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

Syarikat ROC (Sendirian, Sendirian Berhad, Holding dll)

  1. Borang 9 atau 13.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  2. Borang Pindah Milik Saham (32A) / Section 105 yang telah dimatikan setem (jika berkenaan).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  3. Form of Annual Return (Section 68) terkini bagi syarikat melebihi 1 tahun kewangan (modal berbayar minima RM2,500.00).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  4. Memorandum And Articles of Association (M&A) / Form Application for Registration of Company (section 14).*Certified True Copy oleh setiausaha
  5. Penyata akaun bank semasa syarikat (bank current account) satu bulan terkini.
  6. Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  7. Salinan kad pengenalan atau passport semua pengarah dan pemilik saham syarikat.
  8. Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP pekerja bagi bulan terkini.
  9. Salinan kad pengenalan pekerja syarikat.
  10. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

Untuk makluman para pembekal borang pengiystiharan dan borang senarai kod bidang, pihak kami akan sediakan bagi pihak anda semasa anda ingin register MOF dan anda dikehendaki isi serta cop syarikat sahaja pada borang tersebut.

Sebaik sahaja semua dokumen yang diperlukan sudah lengkap dan sudah diterima oleh pegawai kami, proses semakan akan dilakukan dalam tempoh penerimaan dokumen itu. Pegawai kami akan hubungi tuan/puan sekiranya terdapat kekurangan pada dokumen. Sekiranya semua dokumen sudah lengkap pegawai kami akan proses dengan daftar eperolehan online dahulu sebelum submit permohonan. Untuk makluman permohonan tuan/puan akan dilakukan melalui 2 cara sama ada secara atas talian ataupun diluar talian.

Akhir, tempoh kelulusan memakan masa 7hari hingga 14 hari sahaja dan jaminan kami kepada anda sekiranya permohonan tidak diluluskan duit pendaftaran anda akan dikembalikan. Sebaik sahaja permohonan diluluskan pegawai kami akan emailkan sijil softcopy dan hardcopy kami akan kurierkan ke alamat yang diminta oleh tuan/puan. Berita baik juga tiada sebarang charge tambahan yang dikenakan kepada anda untuk proses kurier sijil tersebut.

Mudahkan proses register MOF ini? Nak mengetahui lebih lanjut boleh datang ke pejabat kami di Jalan Teluk Sisek Kuantan atau hubungi sahaja kami di talian 018-9652800.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan