Cara Memohon Kod Bidang ICT Dengan MOF

by

kod bidang ict

Musim pandemik Covid-19 yang melanda negara kita menyebabkan banyak syarikat-syarikat yang tergendala untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Hal ini disebabkan tidak dapat melengkapkan semua dokumen yang diperlukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Perintah kawalan pergerakan menyukarkan lagi syarikat-syarikat di luar sana untuk berurusan bagi melengkapkan dokumen untuk memohon sijil kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Syarikat yang ingin memohon sijil kewangan untuk kod bidang ICT, perlu mempunyai dokumen – dokumen seperti :

1.       Salinan Sijil Msc Daripada Multimedia Development Corporation (Mdc) Jika berkenaan.(210101 Hardware (Low End Technology)-210109-Hardware and Software Leasing/Renting)

2.       Salinan Ijazah B.Sc Computer/It dan B.Sc Electric/Electronic Serta 3 Bulan Penyata/Borang (A) dan Resit Bayaran Caruman KWSP bagi pekerja berkelayakan.(Kod bidang ICT>(210102,210104,210105,210106 atau 210107)

3.       Salinan Ijazah B.Sc Computer/It atau B.Sc Electric/Electronic atau Dip.Of Computer/It atau Dip. Of Electric/Electronic atau Setaraf Beserta 3 Bulan Penyata/Borang (A) dan Resit Bayaran Caruman KWSP bagi pekerja berkelayakan. (210101,210103,210108 Atau 210109).

4.       Salinan kad pengenalan pekerja berkelayakan dalam bidang komputer

Kod bidang ICT ini boleh dimohon sekiranya syarikat anda mempunyai pekerja yang berkelayakan & syarat-syarat seperti di atas. Apabila semua urusan dokumen sudah lengkap, boleh hantarkan dokumen tersebut kepada Lesenkewangan.com untuk pihak kami membuat semakan. Pegawai kami akan berurusan dengan pihak anda untuk memastikan dokumen yang pihak anda hantar lengkap dan jelas. Jika terdapat masalah mengenai kod bidang ICT dan sebagainya pihak anda boleh menghubungi pegawai kami di talian 018-9652700/018-9652800 untuk sebarang  pertanyaan mengenai masalah tersebut. Pegawai kami sentiasa bersedia untuk membantu anda diluar  sana yang ingin memohon sijil kewangan. Kami berharap dengan adanya sijil kewangan ini, bisnes syarikat anda akan bertambah maju. 

Akhir kata, kami dari warga MOF SOLUTION berharap agar anda diluar sana patuhi  arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) yang diarahkan oleh pihak kerajaan untuk terus berada dirumah bagi memastikan keselamatan anda seisi keluarga.  

pembaharuan_mof_eperolehan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan