Teknik Pemilihan Kod Bidang MOF Agar Selari Dengan Jenis Perniagaan Dalam SSM

by

pemilihan kod bidang mof

Untuk mendaftar lesen kewangan, pemilihan kod bidang MOF merupakan peranan yang penting dalam sesebuah syarikat pembekal bagi menawarkan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pembekal bagi mendapatkan tender atau projek kerajaan.

Secara umumnya pembekal wajib mengetahui dan bijak dalam pemilihan kod bidang MOF supaya selari dengan jenis perniagaan yang dijalankan dan selaras dengan kod bidang yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Jadi bagaimanakah anda perlu mengetahui kod bidang MOF yang dipilih itu sesuai atau tidak?

Bagi syarikat enterprise yang beroperasi dipejabat mahupun beroperasi dirumah kod bidang MOF yang dipilih hendaklah selari dengan jenis perniagaan pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kenapa saya kata begitu? Kerana kebanyakkan para pembekal tidak faham teknik pemilihan kod bidang MOF ini dengan cara yang betul, mereka hanya memilih mengikut kehendak sahaja tetapi tidak rujuk kepada SSM apa jenis perniagaan yang didaftarkan disebabkan itu pegawai MOF terpaksa menolak permohonan pembekal tersebut atas alasan kod bidang tidak selari.

Jadi sebagai contoh, anda perlu senaraikan semua kod bidang yang ingin didaftarkan di dalam lesen MOF ke dalam jenis perniagaan di SSM dahulu sebelum hantar permohonan ke MOF Putrajaya. Bagi syarikat pembekal enterprise kod bidang MOF sememangnya agak rumit kerana perlu lebih teliti supaya tiada sebarang kesilapan ketika membuat permohonan. Dan pemilihan kod bidang MOF yang dipohon hendaklah tidak terlalu general dan perlu lebih specific.

Manakala bagi pembekal yang beroperasi di rumah anda harus memastikan kod bidang yang dipilih itu kod yang dikhaskan untuk pembekal yang beroperasi di rumah sahaja. Hal ini kerana terdapat perbezaan kod bidang rumah dan kod bidang pejabat, anda tidak boleh keliru untuk pemilihan ini.  Kod bidang rumah terhad kepada 45 jenis kod bidang sahaja manakala pejabat bebas tetapi pendaftaran dengan MOF hanyalah 30 maksimum kod bidang sahaja di dalam sijil.

Selain itu bagi syarikat pembekal Sdn Bhd pula bebas untuk membuat pemilihan kod bidang MOF. Perkara ini tiada masalah asalkan jenis perniagaan yang dijalankan adalah selari dengan kod bidang yang dipilih. Untuk pembekal ini kod bidang tidak terhad tetapi jumlah maksimumnya tetap 30 kod bidang juga. Hal ini kerana, MOF telah menetapkan had kod bidang adalah 30 sahaja. Jika syarikat mempunyai kod bidang kurang daripada 30 tiada masalah dan anda boleh buat penambahan kod bidang di lain masa. Namun jika syarikat telah mencapai tahap maksimum kod bidang, anda perlu menghapuskan mana-mana kod yang tidak digunakan di dalam syarikat untuk digantikan dengan kod bidang yang ingin ditambah.

Untuk pengetahuan para pembekal juga, kod bidang ini mempunyai banyak jenis selain kod bidang rumah dan kod bidang pejabat. Terdapat juga kod bidang bersyarat yang terdiri daripada kod bidang pembuat dan juga kod bidang bengkel. Manakala bagi syarikat perunding pula pemilihan kod bidang MOF agak berbeza dengan syarikat yang berdaftar dengan SSM. Hal ini kerana, syarikat perunding merupakan syarikat yang berdaftar dengan badan professional.

Sudah faham dan jelas kan?? Jadi tahu bagaimana mana nak dapatkan khidmat perunding yang terbaik di Malaysia ini?? MOF Solution lah jawapan nya!!! Anda boleh terus ke website kami lesenkewangan.com untuk melihat segala perkhidmatan pendaftaran yang disediakan oleh kami dan testimoni daripada pelanggan kami yang telah menggunakan perkhidmatan kami.

Pegawai terlatih kami akan memberi nasihat kepada anda bagaimana dan tips untuk pemilihan kod bidang MOF yang sesuai dengan jenis perniagaan yang dijalankan supaya permohanan pendaftaran lesen kewangan anda tidak ditolak oleh pegawai MOF di Putrajaya. Kami akan buat semakan dahulu terhadap kod bidang yang anda pilih sebelum kita teruskan permohonan agar permohonan berjalan lancar.

Tunggu apa lagi klik sahaja butang dan isikan Borang Permohonan supaya kami dapat uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil MOF untuk syarikat anda. Untuk maklumat lebih lanjut pegawai kami akan hubungi anda dengan segera supaya anda dapat kelulusan sijil MOF dalam kadar segera. Cepat mudah dan pantas adalah prinsip kerja kami di team MOF Solution.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan