Adakah anda merupakan sebuah perniagaan yang ingin memohon kod bidang bengkel kerana syarikat menjalankan kerja-kerja bengkel yang berhasrat untuk membuat pendaftaran lesen kewangan MOF bagi mendapatkan tender kerajaan? Namun anda tidak tahu kod bidang MOF apa yang sesuai untuk perniagaan yang berasaskan bengkel?

Pengenalan

Pendaftaran lesen kewangan MOF sangat penting bagi perniagaan anda bagi memastikan anda dapat memasuki tender kerajaan. Kod bidang juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan jika ingin membuat pendaftaran MOF. Banyak kod bidang bengkel yang dikeluarkan oleh MOF yang anda boleh mohon dengan MOF.

Sebab itu, kami di Lesenkewangan.com ingin membantu anda untuk mengenalpasti kod bidang bengkel MOF yang berkaitan dengan bengkel supaya urusan pendaftaran lesen kewangan MOF dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang penolakan permohonan daripada pegawai MOF.

Jenis-Jenis Kod Bidang

Ketahui jenis-jenis kod bidang MOF (bengkel) yang mempunyai dua kategori iaitu kod bidang biasa  dan kod bidang bersyarat. Kod bidang biasa merupakan kod bidang yang menjalankan aktiviti pembekalan barangan/alatan bengkel sahaja tidak termasuk perkhidmatan. Manakala kod bidang bersyarat merupakan kod bidang yang menjalankan aktiviti perkhidmatan penyelenggaraan atau pembaikan kenderaan (kerja-kerja bengkel) sahaja.

Untuk kod bidang biasa tiada masalah untuk syarikat membuat pendaftaran MOF, namun yang mendatangkan masalah adalah kod bidang bengkel yang bersyarat ini, kerana syarikat anda sememangnya layak untuk mendaftar kod bidang MOF ini akan tetapi disebabkan oleh syarat-syarat berkaitan dengan penyediaan dokumen dan syaratnya menyebabkan anda terpaksa mohon kod bidang bengkel biasa sahaja.

Dokumen Wajib Ada

Berikut merupakan dokumen-dokumen dan syarat yang wajib ada apabila anda membuat pendaftaran lesen kewangan MOF bagi kod bidang yang berasaskan bengkel. Dokumen wajib antaranya SSM, penyata akaun bank semasa, penyata dan resit KWSP, salinan kad pengenalan pemilik dan pekerja, salinan perjanjian sewa pejabat serta resit bayaran sewa. Manakala syarat wajib pula seperti dibawah.

  • Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00
  • Polisi insuran perlindungan bengkel dan kenderaan pelanggan (minima RM100,000.00)
  • Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Senarai peralatan/kelengkapan bengkal/resit pembelian alatan (invois)
  • Gambar mesin/peralatan dan bengkel
  • Minimum 3 orang pekerja yang dicarumkan KWSP (2 Mekanik dan 1 Kerani)

Rumusan

Untuk makluman juga, permohonan kod bidang MOF (bengkel) memerlukan lawatan pengesahan daripada pegawai MOF di Putrajaya sebelum mendapatkan kelulusan. Jadi anda perlu bersedia menerima sebarang lawatan daripada pegawai tersebut kerana lawatan yang dijalankan nanti tidak akan dimaklumkan pada masa dan bila kepada anda.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan kod bidang MOF (bengkel)? atau nak buat pendaftaran MOF dengan mudah dan cepat? Boleh terus hubungi kami ditalian 0189652800 atau 0189652700. Anda juga disarankan untuk terus ke website kami iaitu lesenkewangan.com untuk mendapatkan khidmat konsultan kami berkaitan dengan pendaftaran lesen kewangan MOF.