Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?

by

lesen mof

Hasil semakan mendapati masih ramai dikalangan pembekal dan penyedia perkhidmatan yang belum memohon lesen MOF. Dan ada juga di kalangan mereka ini masih keliru tentang permohonan lesen MOF sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka.

Tapi itu tidak bermakna anda sebagai pembekal tiada peluang untuk memohon lesen kewangan dengan MOF. Terdapat 2 jenis permohonan lesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) iaitu pendaftaran baru Sijil Kewangan (MOF) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB).

Maksud

Lesen MOF juga dikenali sebagai Sijil Kewangan atau lesen kewangan MOF. Pendaftaran Lesen MOF ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang telah berdaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pertubuhan, koperasi atau badan professional di Malaysia.

Sijil Taraf Bumiputera (STB) pula adalah sijil tambahan yang dikhaskan untuk pemilik syarikat bumiputera. Sijil ini membolehkan syarikat untuk memasuki tender/sebut harga yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja. Sijil ini perlu dipohon dan syarikat perlu memenuhi krateria bumiputera yang telah ditetapkan oleh pihak MOF.

Kepentingan

Lesen MOF ini sangat penting untuk syarikat anda sekiranya anda ingin menyertai tender atau sebut harga yang ditawarkan oleh pihak jabatan kerajaan. Dalam erti kata lain, syarikat anda wajib ada sijil MOF berurusan dengan jabatan kerajaan. Malah sijil MOF ini juga boleh dijadikan sebagai satu pencapaian dalam syarikat anda di masa akan datang.

Kos Pendaftaran Lesen MOF

Lesen MOF ini sebenarnya tak mahal pun.. Pendaftaran bagi perniagaan milikan tunggal/perkongsian (Enterprise) adalah RM980.00 sahaja manakala pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), koperasi & pertubuhan adalah sebanyak RM1280.00 sahaja.

Dengan bayaran tersebut apa yang anda akan dapat antaranya adalah 30 kod bidang (maksimum) yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda beserta dengan sijil digital ePerolehan syarikat anda.

Tempoh Kelulusan

Tempoh kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru hanya mengambil masa 7 hingga ke 14 hari waktu bekerja sahaja. Manakala bagi sijil taraf bumiputera ini akan makan masa 1 ke 2 bulan kerana permohonan ini memerlukan lawatan tapak oleh pegawai-pegawai MOF ke premis syarikat anda sebelum mendapatkan kelulusan. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi bergantung kepada pegawai yang ditugaskan untuk membuat lawatan, ada sesetengah pegawai akan buat lawatan segera dan akan sesetengahnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Kesimpulan

Kesimpulanya, anda perlu memohon lesen MOF ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dari pendaftaran tersebut. Malah ianya juga dapat memudahkan urusan syarikat anda untuk menyertai sebutharga/tender kerajaan.

Tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan? Jangan risau.. Hubungi team kami di Lesenkewangan.com untuk dapatkan khidmat konsultan yang terbaik di Malaysia. Bukan sahaja memudahkan urusan permohonan anda bahkan kami juga antara konsultan yang menawarkan caj yang termurah di Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×